Pengurusan Sisa Perindustrian & Perdagangan MPSJ
Sisa perindustrian dikategorikan sebagai mana-mana sisa yang bukan diklasifikasikan sebagai sisa domestik, sisa kebun atau sisa terjadual.Contoh sisa perindustrian ialah:
1. Pallet kayu
2. Kertas
3. Sisa logam
4. Plastik
5. Kotak dll
UUK 12 Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah (MPSJ) 2007 menyatakan:
"Pembuangan atau pelupusan buangan perindustrian atau buangan perdagangan hendaklah di tempat longgokan sampah yang diselenggara oleh majlis atau dengan cara yang ditetapkan oleh Majlis".
Bermula tahun 2015, setiap pengusaha di kawasan perindustrian MPSJ WAJIB melantik Kontraktor Panel Sisa Industri & Perdagangan MPSJ sebagai cara pengurusan sisa perindustrian dan perdagangan di seluruh kawasan pentadbiran MPSJ.
Kategori industri dan perdagangan yang terlibat adalah:
i. Industri - semua jenis industri
ii Perdagangan - pasar mini, kedai runcit, kedai elektrik, kedai perabot, kedai buah- buahan
Senarai Panel Kontraktor Sisa Perindustrian & Perdagangan MPSJ
Kegagalan mematuhi arahan ini boleh menyebabkan lesen perniagaan tidak diperbaharui dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Pemilik premis perlu melantik salah satu Panel Kontraktor dalam senarai untuk menguruskan sisa perindustrian dan Perdagangan.
Contoh gambar premis yang gagal selenggara sisa perindustrian
MS