Permit Bazar Ramadan MBSJ Tahun 2021 Permohonan Dalam Talian (Online)

Permohonan Permit Bazar Ramadan Majlis Bandaraya Subang Jaya 2021 kini boleh diakses melalui dalam talian (online) di laman web www.mbsj.gov.my dan telah dibuka bermula 17 Mac 2021 sehingga 21 Mac 2021.

Lokasi Bazar Ramadan MBSJ bagi tahun 2021 adalah seperti berikut:-

BIL

ZON

LOKASI

1.

Subang

USJ 4, Subang Jaya (Jalan USJ 4/5)

USJ 7, Subang Jaya (berhadapan gerai majlis USJ 7)

Pinggiran USJ (Jalan Pinggiran USJ 1/1)

Putra Heights (tepi Jalan Petaling berhampiran Pangsapuri Seri Mutiara)

2.

Puchong

Dataran Niaga Puchong Permai

3.

Kinrara

Bandar kinrara 5 (Jalan BK 5A/1)

4.

Seri Kembangan

Taman Seri Serdang (Jalan 18/35)

Taman Equine (Jalan PP 18)

Perkhidmatan ini merupakan satu inisiatif MBSJ bagi memudahkan urusan pelanggan tanpa perlu hadir ke kaunter MBSJ untuk membuat permohonan sekaligus dapat membantu MBSJ dalam usaha memerangi penularan wabak COVID-19.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Pelesenan MBSJ ditalian 03 8026 4324.

Dikeluarkan Oleh:

AZFARIZAL BIN ABDUL RASHID
Timbalan Pengarah
Jabatan Korporat Dan Pengurusan Strategik Majlis Bandaraya Subang Jaya
Tel: 03-8026 7409/4462    Email: mbsj@mbsj.gov.my/mediampsj@gmail.com

 

MS