
ECO FREE MARKET | PASAR BARANGAN TERPAKAI PERCUMA #HTKSJ 2026
Eco Free Market merupakan satu inisiatif berteraskan komuniti yang menggalakkan amalan memberi dan berkongsi secara percuma. Melalui program ini, penyumbang boleh menyediakan barangan atau perkhidmatan untuk diambil oleh pengunjung tanpa sebarang bayaran.
Orang awam dijemput hadir bagi memeriahkan Program Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya (HTKSJ) 2026 seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 26 April 2026 (Ahad)
Lokasi : AEON Taman Equine, Seri Kembangan
Masa : 8.30 pagi – 11.00 pagi
PENYERTAAN PENYUMBANG ADALAH DIGALAKKAN
Dimaklumkan bahawa kemudahan meja tidak disediakan. Sehubungan itu, penyumbang dimohon untuk membawa tikar atau alas sendiri.
ℹ️ Penyumbang boleh hadir mulai jam 7.30 pagi bagi tujuan penyusunan barangan
ℹ️ Segala urusan hendaklah mematuhi konsep dan adab Eco Free Market
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui nombor yang tertera.
Marilah bersama-sama menyokong inisiatif kelestarian dan memperkukuh semangat komuniti melalui amalan berkongsi.
“MBSJ Gemilang Bersama”
https://www.facebook.com/share/p/1d6YKWsgda/
https://www.instagram.com/p/DXa3G2zGU-Y/?utm_source=ig_web_copy_link&igsh=MzRlODBiNWFlZA==