HTK Bulan Oktober 2024

PROGRAM URBAN RIDE & RUN 2026 KEMBALI SEMPENA HARI TANPA KENDERAAN SUBANG JAYA (HTKSJ) 2026

MBSJ dengan kerjasama Generale Events Management dan AEON Mall akan menganjurkan program Urban Ride & Run 2026 sempena HTKSJ bagi tahun 2026 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 26 April 2026 (Ahad)

Masa : 7.00 pagi

Lokasi : AEON Mall Taman Equine

Program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat dengan tiga (3) kategori utama seperti berikut:

1. HTKSJ AEON URBAN RIDE (50KM)

Terhad kepada 300 peserta sahaja!

- Daftar RIDE di sini: https://app.herepay.org/hey-gevents-pay/HALFCENTURYRIDE

2. HTKSJ URBAN RUN (10KM & 6KM).

- Daftar RACE di sini: https://app.herepay.org/hey-gevents-pay/URBANRUNRIDE10-6KM

3. HTKSJ FUN RUN (5KM & 2KM)

- Daftar FUN RUN di sini: https://app.herepay.org/hey-gevents-pay/URBANFUN

Imbas kod QR pada poster atau klik pautan yang disediakan untuk mendaftar sekarang!

Yuran penyertaan adalah serendah RM25 dan peserta akan menerima pakej penyertaan yang merangkumi T-shirt rasmi acara, nombor bib, perlindungan insurans sepanjang program, pingat penamat serta peluang menyertai cabutan bertuah.

Jom luangkan pagi anda dengan aktiviti sihat bersama keluarga dan komuniti sambil menyokong gaya hidup lestari.

‘MBSJ Gemilang Bersama’



MS