Permohonan Carian Cukai Taksiran MBSJ

Dimaklumkan bahawa, sepanjang tempoh PKP , dalam usaha pihak Majlis untuk mengurangkan pelanggan / orang awam hadir berurusan di kaunter Inc2 dan kaunter cawangan, pihak Jabatan Hasil mengambil pendekatan iaitu permohonan carian cukai taksiran daripada pihak Pejabat Peguam, Pejabat Hartanah dan sebagainya di buat secara atas talian iaitu email permohonan kepada hasil@mbsj.gov.my atau unit-cukai@mbsj.gov.my . Berikut adalah tatacara permohonan carian cukai taksiran.


Perkara

Tatacara

Permohonan carian cukai taksiran
(cadangan untuk 1 – 5 bil cukai)

 

  1. Email permohonan kepada hasil@mbsj.gov.my atau  unit-cukai@mbsj.gov.my


  1. Semakan permohonan dalam tempoh 3 hari berkerja
  1. Kakitangan unit cukai akan


  1. membalas email atau menghubungi pemohon
  2. memaklumkan kadar yang perlu dibayar
  3. membuat pertanyaan serahan bil cukai secara email atau datang ke Pejabat
  4. Kakitangan sediakan bil pelbagai
  5. Email bil pelbagai dan mohon pembayaran di portal / laman web MBSJ atau di kios MBSJ
  6. Pemohon serahkan bukti bayaran
  7. Kakitangan menyemak bayaran dan email / serahan tangan bil cukai kepada pemohon

Permohonan carian cukai taksiran
(lebih daripada 5 bil cukai)

  1. Email permohonan kepada hasil@mbsj.gov.my atau  unit-cukai@mbsj.gov.my


  1. Semakan permohonan dalam tempoh 3 hari berkerja
  1. Kakitangan unit cukai akan


  1. membalas email atau menghubungi pemohon
  2. memaklumkan kadar yang perlu dibayar
  3. Kakitangan sediakan bil pelbagai
  4. Email bil pelbagai dan mohon pembayaran di portal / laman web MBSJ atau di kios MBSJ
  5. Pemohon serahkan bukti bayaran
  6. Pemohon perlu hadir ke Jabatan Hasil untuk mendapatkan bil cukai
MS