TARIKH IKLAN : 13 FEBRUARI 2026 (JUMAAT)
TARIKH TUTUP PETI : 27 FEBRUARI 2026 (JUMAAT) 12.00 TENGAH HARI
PELAWAAN PENJUALAN SEMULA PELUPUSAN ASET HARTA MODAL DAN ASET ALIH BERNILAI RENDAH MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA BIL.1/2026 (E-WASTE)
Salam sejahtera dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Pihak tuan/puan adalah dipelawa mengemukakan sebut harga bagi kerja-kerja yang tersebut di atas seperti di lampiran. Sesi melihat barang-barang pelupusan akan diadakan seperti ketetapan berikut :
| 2.1 | Tarikh Lawatan Tapak | : | 23 FEBRUARI 2026 (ISNIN) |
| 2.2 | Masa | : | 10.00 pagi *Pihak syarikat diwajibkan menghadiri sesi lawatan tapak dan hadir mengikut masa yang telah ditetapkan. Pihak Majlis tidak akan menerima sebarang tawaran sebut harga daripada syarikat yang tidak hadir semasa sesi diadakan. |
| 2.3 | Lokasi Berkumpul | : | Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Subang Jaya Persiaran Perpaduan, USJ 5 47610 Subang Jaya, Selangor |
| 2.4 | Lokasi | : | Lokasi penempatan barang pelupusan adalah seperti di lampiran. |
3. Syarat-syarat dan peraturan yang pihak Majlis telah tetapkan adalah seperti berikut :
| i. | Semua aset adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is basis). |
| ii. | MBSJ tidak bertanggungjawab ke atas aset yang dijual jika berlaku kecurian, kehilangan atau sebaliknya. |
| iii. | Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset seperti kos pengangkutan dan lain-lain kos yang terlibat adalah ditanggung oleh pembeli sendiri |
| iv. | Pembeli tidak dibenarkan melerai, menanggal atau melakukan apa-apa kegiatan memproses mengambil aset yang dilupuskan di dalam dan berhampiran kawasan depoh. |
| v. | Pembeli yang berjaya hendaklah membuat pembayaran penuh dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh surat tawaran dikeluarkan. Sekiranya selepas tempoh tersebut, tiada maklum balas daripada pihak pembeli secara bertulis/emel, pihak pembeli boleh disenarai hitamkan daripada sebarang perolehan di MBSJ. |
| vi. | Pembeli yang berjaya hendaklah mengambil aset dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas pembayaran penuh dijelaskan. |
4. Sehubungan dengan itu, sekiranya pihak tuan/puan berminat untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut di atas, sila kemukakan dokumen berikut :
| 4.1 | Sebut harga bagi kerja-kerja tersebut |
| 4.2 | Salinan sijil SSM |
| 4.3 | Salinan sijil Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan kod bidang : 221901 - Membeli Barang Lusuh (Tanpa Permit) atau 221902 - Membeli Barang Lusuh (Perlu Permit). |
| 4.4 | Syarikat yang dilesenkan sebagai Premis Pemerolehan Kembali e-waste (kod lesen SW110) oleh Jabatan Alam Sekitar. |
| 4.5 | Profil syarikat |
| 4.6 | Permit Polis |
| 4.7 | Surat Akuan Pembida (Lampiran 6) |
5. Semua dokumen yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam ;
Peti Sebut Harga
Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 2,
Majlis Bandaraya Subang Jaya,
Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610 Subang Jaya,
Selangor
TARIKH TUTUP PETI : 27 FEBRUARI 2026 12.00 TENGAH HARI
Senarai Aset Pelupusan Harta Modal & Aset Alih Bernilai Rendah Majlis Bandaraya Subang Jaya Bil.1/2026 (E-Waste)
Bil. | Jenis Aset | Kuantiti | Stor Penempatan |
1. | Mesin Faksimili | 1 | Kompleks 3K, SS 13 |
2. | Televisyen | 1 | |
3. | Peti Sejuk Domestik | 1 | Stadium Serdang |
4. | Astro Recorder | 1 | |
5. | Mesin Pengira Wang | 1 | |
6. | Mesin Laminating | 1 | Stor Pelupusan Aset |
7. | Thermometer | 2 | Kompleks 3k, Serdang Raya |
8. | Water Dispencer | 1 | |
9. | Penimbang Berat - Gimnasium | 1 | |
10. | Mesin Faksimili | 1 |