
Eksplorasi Sekolah Sihat dan Lestari 2026 Sempena Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya (HTKSJ) Siri 2/2026
Cabar Diri, Teroka Alam, Bina Masa Depan yang Lestari!
Sahut cabaran dan sertai Eksplorasi Sekolah Sihat dan Lestari 2026 yang dianjurkan bersempena Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya (HTKSJ) Siri 2/2026.
Program ini mengetengahkan pembelajaran secara interaktif melalui aktiviti eksplorasi yang menggabungkan elemen pendidikan, kelestarian alam sekitar dan semangat kerja berpasukan bagi membentuk generasi yang lebih peka, kreatif dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Tarikh: 19 Julai 2026 (Ahad)
Masa: 7.00 pagi – 11.00 pagi
Lokasi: Subang Parade
Penyertaan dibuka kepada 10 buah sekolah sahaja dengan 1 pasukan yang terdiri daripada 4 orang peserta bagi setiap sekolah.
Rebut peluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM250, di samping menerima sijil penyertaan, markah PAJSK serta pelbagai hadiah menarik.
Tarikh tutup pendaftaran: 14 Julai 2026
Imbas kod QR pada poster dan daftar sekarang! Tempat adalah terhad.
Ayuh bersama MBSJ menyemai budaya hidup sihat, memperkukuh semangat berpasukan dan memupuk kesedaran terhadap kepentingan memelihara alam sekitar demi masa depan yang lebih lestari.
‘MBSJ Gemilang Bersama’
SILA KLIK UNTUK MAKLUMAT PERTANDINGAN LEBIH LANJUT : MUAT TURUN