TARIKH IKLAN : 16 MAC 2022
TARIKH TUTUP PETI : 29 MAC 2022 12.00 TENGAH HARI
KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN (PELUPUSAN KENDERAAN MBSJ BIL. 1/2021)
1. Tawaran adalah dipelawa dari syarikat atau orang perseorangan yang berminat untuk membeli aset seperti berikut:
Bil. | No. Sebut harga | Keterangan Aset | Kuantiti | Harga Simpanan (RM) | Muat Turun Dokumen |
1. | MBSJ.KUB.400-5/6/192 | BHM 6371- PERODUA KEMBARA | 1 | 1,000.00 | Muat Turun Dokumen |
2. | MBSJ.KUB.400-5/6/193 | BHM 6384 - PERODUA KEMBARA | 1 | 1,000.00 | Muat Turun Dokumen |
3. | MBSJ.KUB.400-5/6/194 | BHM 6394 - PERODUA KEMBARA | 1 | 1,000.00 | Muat Turun Dokumen |
4. | MBSJ.KUB.400-5/6/195 | BGX 3770 - PROTON WAJA | 1 | 2,000.00 | Muat Turun Dokumen |
5. | MBSJ.KUB.400-5/6/196 | BGK 4126 - FORD RANGER | 1 | 3,000.00 | Muat Turun Dokumen |
6. | MBSJ.KUB.400-5/6/197 | BJH 371 - FORD EVEREST | 1 | 2,000.00 | Muat Turun Dokumen |
7. | MBSJ.KUB.400-5/6/198 | BJH 1215 - FORD EVEREST | 1 | 2,500.00 | Muat Turun Dokumen |
8. | MBSJ.KUB.400-5/6/199 | BKE 6100 - TOYOTA INNOVA | 1 | 8,000.00 | Muat Turun Dokumen |
9. | MBSJ.KUB.400-5/6/200 | BKE 6104 - TOYOTA INNOVA | 1 | 8,000.00 | Muat Turun Dokumen |
10. | MBSJ.KUB.400-5/6/201 | BJH 411 - TOYOTA INNOVA | 1 | 6,000.00 | Muat Turun Dokumen |
11. | MBSJ.KUB.400-5/6/202 | BKQ 645 - TOYOTA INNOVA | 1 | 8,000.00 | Muat Turun Dokumen |
12. | MBSJ.KUB.400-5/6/203 | BJF 4040 - NAZA RIA | 1 | 2,000.00 | Muat Turun Dokumen |
13. | MBSJ.KUB.400-5/6/204 | BJE 4040 - NISSAN X-TRAIL | 1 | 3,000.00 | Muat Turun Dokumen |
14. | MBSJ.KUB.400-5/6/205 | BLM 6776 - NISSAN FRONTIER | 1 | 7,000.00 | Muat Turun Dokumen |
15. | MBSJ.KUB.400-5/6/206 | BJA 9173 - BAS COASTER NISSAN | 1 | 8,000.00 | Muat Turun Dokumen |
16. | MBSJ.KUB.400-5/6/207 | BJD 9595 - BAS COASTER NISSAN | 1 | 10,000.00 | Muat Turun Dokumen |
17. | MBSJ.KUB.400-5/6/208 | BMT 8814 - LORI ISUZU | 1 | 20,000.00 | Muat Turun Dokumen |
2. Aset kenderaan boleh dilihat pada 16 Mac 2022 hingga 28 Mac 2022 di antara jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang di Bengkel Kejuruteraan MBSJ, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, Subang Jaya, Selangor.
3. Tawaran hendaklah sah bagi tempoh 90 hari. Tawaran sebut harga boleh dibuat dengan menggunakan Borang Sebut harga Pelupusan Aset Kerajaan (KEW.PA 25) dan boleh diperolehi di lokasi seperti berikut:-
| i. | Bengkel Kejuruteraan MBSJ, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, Subang Jaya, Selangor |
| ii. | Laman Web Majlis Perbandaran Subang Jaya di www.mpsj.gov.my |
| iii. | Laman Web e-tender Selangor di https://tender.selangor.my |
4. Dokumen Tawaran Sebut harga dengan maklumat yang lengkap termasuk lampiran-lampiran yang berkaitan hendaklah dibuat secara berasingan bagi setiap satu kenderaan menggunakan sampul surat dan ditanda No. Sebut harga seperti dinyatakan di iklan tawaran serta di alamatkan kepada :-
Jabatan Kontrak Dan Ukur Bahan, Aras 3,
Majlis Bandaraya Subang Jaya,
Persiaran Perpaduan, USJ 5,
47610 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan
5. Sampul surat Dokumen Tawaran Sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga yang bertempat di Aras 1 (Lobi) Bangunan Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Subang Jaya, Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610 Subang Jaya Selangor Darul Ehsan.
TARIKH TUTUP PETI : 29 MAC 2022 12.00 TENGAH HARI. Sebut harga yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.
6. Hanya Dokumen Tawaran Sebut harga yang lengkap dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga sahaja yang akan dipertimbangkan dan Sebut harga yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan. Pihak Majlis juga tidak akan bertanggungjawab terhadap penghantaran Dokumen Tawaran Sebut harga yang tidak dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga.
7. Tawaran Sebut harga ini adalah tertakluk sepenuhnya kepada Syarat Dan Peraturan Sebut Harga Pelupusan Kenderaan MBSJ seperti di Lampiran dan petender adalah dinasihatkan agar membaca dengan teliti, memahami dan mematuhi semua Syarat Dan Peraturan Sebut Harga seperti yang telah ditetapkan tersebut.
| SYARAT DAN PERATURAN SEBUT HARGA PELUPUSAN KENDERAAN MBSJ | |
| 1 | Semua aset kenderaan tersebut akan dijual tertakluk kepada harga simpanan yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan juga harga kenaan cukai kastam oleh pihak Kastam Diraja Malaysia (KDRM) (bagi aset kenderaan No. Pendaftaran BJF 4040, BJH 371, BKQ 645 sahaja) yang perlu dibayar oleh petender sebelum proses pertukaran hakmilik di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). |
| 2 | Petender adalah dikehendaki menyertakan deposit sebut harga sebanyak 10% daripada harga tawaran bagi setiap satu aset. Deposit sebut harga hendaklah dalam bentuk draf bank sahaja atas nama MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA yang perlu disertakan bersama-sama Dokumen Tawaran Sebut harga dan juga dokumen lampiran yang berkaitan. (bayaran secara Tunai/Wang Pos/Cek dan lain-lain adalah tidak diterima) |
| 3 | Tawaran tanpa / kurang deposit sebut harga tidak akan dipertimbangkan. |
| 4 | Dokumen tawaran petender bagi setiap kenderaan wajib disertakan Borang Tuntutan Cagaran dan Borang Pendaftaran Maklumat Syarikat / Individu yang telah lengkap diisi dan dilampirkan bersama salinan kad pengenalan, penyata bank dan salinan sijil SSM (syarikat sahaja). |
| 5 | Semua aset kenderaan adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is basis) dan MBSJ tidak akan bertanggungjawab ke atas aset yang dijual tersebut. |
| 6 | Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset kenderaan seperti kos menanggal (dismantle), mengangkut keluar dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh petender sendiri. |
| 7 | Sekiranya petender tidak mendapat sebarang jawapan atau maklumbalas daripada MBSJ dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh iklan ditutup, maka tawaran petender dianggap tidak berjaya dan pemulangan wang cagaran deposit akan dibuat kepada petender dalam tempoh yang sama. |
| 8 | Hanya petender yang berjaya sahaja yang akan dihubungi dan dikehendaki membuat pembayaran penuh dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh pemberitahuan keputusan / surat tawaran penjualan. Jika bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut, tawaran penjualan akan terbatal dan deposit sebut harga juga tidak akan dikembalikan. |
| 9 | Petender yang berjaya hendaklah mengambil / membawa keluar aset tersebut dari premis MBSJ dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh bayaran penuh dibuat dan seterusnya menguruskan urusan PUSPAKOM (sekiranya berkaitan) dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh pengambilan aset. |
| 10 | Urusan pertukaran hakmilik di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) oleh MBSJ adalah tertakluk kepada penyelesaian urusan PUSPAKOM oleh petender. (sekiranya berkaitan). Petender akan dimaklumkan untuk membuat urusan ‘thumbprint’ pemunya baru di JPJ (slip pengesahan tukar hakmilik JPJ akan diberikan) setelah urusan ‘thumbprint’ pemunya lama (MBSJ) selesai di JPJ. |