HTK Bulan Oktober 2024

Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya (HTKSJ) Siri 2/2026 Kembali !!!!

Sempena penganjuran Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya (HTKSJ) Siri 2/2026 dan Larian Obor SUKMA XXII serta Para SUKMA Selangor 2026, MBSJ menjemput seluruh warga Subang Jaya, khususnya para pelajar sekolah untuk menyertai pelbagai pertandingan menarik yang dianjurkan bagi menyemarakkan semangat kesukanan, menggalakkan amalan gaya hidup sihat serta memupuk kreativiti dan penglibatan aktif dalam komuniti.

Tarikh: 19 Julai 2026 (Ahad)
Masa: 7.00 pagi – 11.00 pagi
Lokasi: Pusat Membeli-belah Subang Parade, Subang Jaya

Antara aktiviti yang bakal berlangsung:
•Pertandingan Street Soccer (3 lawan 3)
•Sepak Raga Bulatan
•Netball Shootout (5 lawan 5)
•Eksplorasi Sekolah Sihat & Lestari
•Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
•Busking
•Senamrobik
•Yanis Clay Art
••Pemeriksaan Kesihatan Percuma
•Eco Free Market
•Agihan Pokok Percuma
•Bazar Makanan

Penyertaan dalam pertandingan yang ditawarkan bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar sekolah untuk mengasah bakat, membina keyakinan diri dan meraih pengalaman berharga, malah turut melayakkan peserta menerima markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) tertakluk kepada syarat dan ketetapan yang berkuat kuasa.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan HTKSJ Siri 2/2026. 

Daftarkan penyertaan anda sekarang dan bersama-sama kita menghidupkan semangat kesukanan, gaya hidup sihat serta komuniti yang aktif dan sejahtera.

‘MBSJ Gemilang Bersama’

Untuk maklumat lanjut, sila klik pada visual yang tertera




Tarikh Kemaskini : 29 Jun 2026

MS