
PERTANDINGAN NETBALL SHOOTOUT 2026 SEMPENA HARI TANPA KENDERAAN SUBANG JAYA (HTKSJ) SIRI 2/2026
Sahut cabaran, uji ketepatan dan buktikan kehebatan pasukan anda!
MBSJ akan menganjurkan Pertandingan Netball Shootout 2026 bersempena Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya (HTKSJ) Siri 2/2026. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar sekolah dan orang awam, sekali gus menawarkan platform untuk mengasah kemahiran, memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan kerjasama berpasukan dalam suasana yang sihat dan meriah.
Tarikh: 19 Julai 2026 (Ahad)
Masa: 7.00 pagi – 11.00 pagi
Lokasi: Tempat Letak Kereta Subang Parade
Penyertaan adalah PERCUMA! Jangan lepaskan peluang merebut hadiah wang tunai menarik. Daftar sebelum 14 Julai 2026 dengan mengimbas kod QR pada poster.
Tempat adalah terhad. Daftar sekarang untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya (HTKSJ) Siri 2/2026.
‘MBSJ Gemilang Bersama’
SILA KLIK UNTUK MAKLUMAT PERTANDINGAN LEBIH LANJUT : MUAT TURUN