MS
Padang Tiruan MBSJ
MBSJ telah menaik taraf padang bola sepak di Arena MBSJ (dahulu dikenali sebagai Kompleks Sukan MBSJ) kepada padang rumput tiruan (Artificial Turf) yang juga dikenali sebagai padang rumput turf sintetik. Padang bola sepak ini telah diuji oleh FIFA bagi pengiktirafan bintang daripada pihak FIFA yang mana padang berkenaan boleh digunakan bagi tujuan perlawanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Berikut merupakan maklumat berkenaan padang rumput tiruan (Artificial Turf) yang digunakan di Arena MBSJ:
Jenis : Polytan
Buatan : Jerman
Model : Liga Ultimate CP 260 17/4
- Ketahanan rumput tiruan jenis ‘Polytan’ ini adalah lebih sesuai dengan keadaan cuaca di Malaysia.
- Rumput tiruan jenis ‘Polytan’ ini mempunyai jaminan selama 8 tahun.
- Rumput tiruan jenis ‘Polytan’ ini menggunakan bahan ‘Cool Plus Yarn’ yang mana ‘Yarn’(rumput) akan menjadi sejuk semasa penggunaan di waktu panas terik.
- Penggunaan “Yarn” (rumput) adalah dari 2 “tone” sahaja bagi mendapatkan sijil pengiktirafan 2 bintang dari FIFA.
- Rumput tiruan jenis ‘Polytan’ ini juga menggunakan kaedah 2 lapisan iaitu lapisan pertama ‘PP woven fabric’, ‘UV stabilised’ dan lapisan kedua ‘PP Latex’.
- Rumput tiruan ‘Polytan’ ini juga didatangkan dengan ‘antibakteral’ dan ‘antifungal’. Ini adalah untuk melindungi rumput ‘Polytan’ dari merebakkan bakteria kepada pengguna.